Tuesday, December 31, 2013

Tutorial Bunga Fabrik 1

Sekarang ni kan menjadi kegilaan untuk meng'DIY' semua benda...
Haku pun terkena jugak tempias hobi meng'DIY" ni...
Dah lama nak buat sebenornya bunga fabrik ni, tapi biasalah, wanita berkerjaya macam haku ni memang takde masa...(eleh,sebenornya MALAS yang lebih)...
Tutorial asal untuk bunga fabrik ni haku ambil di sini
Kalau uolls semua cari kat tempat lain pun, boleh jumpe...
Uolls taip je kat pakcik google tu, kompem keluar...cuma paham tak paham je la...
Takpun, uolls cari je kat utube...no problem meh..

Potong kain ikut segi empat sama (Haku guna kain chiffon,beli kat Kamdar semeter rm5 je). Jangan jadi segi empat tepat. Kang kalau tak jadi jangan bising kat haku ek.

Lepas tu uolls lipat empat kain tu sampai jadi begini


Then, uolls potong begini, konon nak jadikan bulatan. Kalau uolls ni ade tempalate bulatan kat rumah tu, hangpa guna je benda tu, tak perlu le susah-susah nak potong-potong bagai.


Haha...hudus giler bulatan haku ni. Kalau jadi camni, jangan panik ye, uolls trim je tepi-tepi bulatan tu sampai nampak bentuk gitu...Haku punya ni memang tak boleh nak betulkan jadi perfect...Jadila cenggini pun.

Pastu, bolehla uolls mula menjahit. Pakai la benang yang sama warna dengan kain. Korang nak buat ala-ala color-blocking pun haku tak kesah, tp hudus tak hudus tu haku tak jamin la. Jahit guna jahitan sembat je ye. Uolls nak sembat besar-besar pun takpe, nak halus-halus pun takpe. Tapi level jahitan sembat ni akan mempengaruhi uolls punya kedutan bunga. Haku nasihatkan, kalau kain uolls ni jenis jarang macam haku punya ni, elok amik sembat besor.Sebab kalau halus sangat, boleh pecah kain tu.

Uolls sambil jahit, tarik sikit kain tu sampai jadi begini. Diulangi, tarik SIKIT saja. Jangan uolls tarik sekuat hati pulak. Sebabnya, 1) Kang tercabut pulak kain tu dari benang hujung tu. Nampak tak haku lebihkan sikit benang hujung tu? 2) Klau kuat sangat tarik, nanti kelopak terlampau ketat, payah nak masukkan hujung kain tu dalam bunga tu nanti. Tak paham? tengok gambar kat bawah-bawah ni nanti.


Yang dah siap jahit keliling, bentukkan sampai jadi begini. Nampak tak hujung kain yang nampak serabut tu, uolls sila tolak sikit ke dalam tengak bunga tu. Kalau uolls buat terlampau ketat tadi, memang tak boleh nak tolak masuk hujung kain tu.
Ni yang dah di tolak masuk sikit hujung kain tu. Sambil tu adjustla bunga tu bagi elok sikit bentuknya. Kalau nak matikan jahitan, haku besenya matikan kat bahagian belakang bunga tu. Uolls jahit la 2-3 kali kat belakang bunga tu. (Dalam gambar ni menunjukkan bahagian depan ye, jangan pulak uolls ingat terbalik)

                         






Lepas dah siap tu, uolls nak letak manik ke,pearl ke, ikutla mane uolls suka. Haku punya ni guna pearls je sebab ni je stok yang ade kt rumah. Kalau bentuk bunga tak perfect pun takpe (macam bunga belah kiri bawah skali tu, senget manik tu .hampagas tul kan?), nanti bila uolls letak kat ata baju ke hapa, uolls adjustla susun atur bunga tu supaya terlindung yang hudus tu.
Close-up cikit

Caye tak haku cakap ni first time haku buat bunga ni...
Hehe...berlagak pulak ek...
Bunga ni pada haku tak perlu perfect, kekadang imperfection tu menawan deh..
Kalau buat untuk baju sniri macam haku ni, tak kisah la...
Kalau uolls ambik tempahan buat bunga ni untuk orang lain, jangan uolls main buat je...
Amanah orang tu...
Okay, semoga bermanfaat nye tutorial bunga fabrik ni...

No comments:

Post a Comment